SOALAN LAZIM
J: Peranan NADI adalah sebagai Pusat Sehenti untuk;
o Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital. o Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar. o Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.
J: Sebanyak 873 NADI sedia ada akan dinaik taraf dan dipergiatkan sebagai Pusat Sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar. Setiap NADI dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan oleh komuniti setempat. NADI juga mempunyai akses kepada pelbagai aktiviti pasaran, latihan dan pemerkasaan dari pihak agensi kerajaan lain dan swasta.
J: Menerusi transformasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ini terdapat lima (5) inisiatif transformasi yang akan dilaksanakan bagi merealisasikan aspirasi pendigitalan ekonomi negara iaitu:
J: Setiap NADI menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti: o latihan ICT, o latihan keusahawanan, o latihan multimedia, o e-pembelajaran, o latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro; dan o program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan.
J: Bagi memperkukuh dan memperkemaskan lagi peranan NADI sebagai pusat pendigitalan dan tumpuan komuniti setempat, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Panel Penasihat NADI diwujudkan di semua NADI di seluruh negara. Objektif utama Panel Penasihat NADI adalah untuk menggalak dan memberi peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders) dalam kalangan komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan NADI serta menarik masyarakat setempat untuk mengguna pakai sepenuhnya perkhidmatan dan aktiviti di NADI tersebut.
J: Seramai 600 Rakan Digital NADI akan dilantik dan ditugaskan untuk menjalankan program-program yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Ini adalah tambahan tenaga kerja ke NADI tersebut yang pada hakikinya mempunyai Pengurus dan Penolong Pengurus.
J: Usaha memperkasakan usahawan setempat ia akan disokong oleh Ikon Usahawan NADI iaitu usahawan kecil dari masyarakat setempat yang telah berjaya agar dapat memberi motivasi dan menyemarakkan semangat kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan.
J: NADI akan menganjurkan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama beberapa agensi Kerajaan dan swasta.
J: Kesemua aktiviti akan dipantau impaknya. Impak adalah dari segi peningkatan pendapatan oleh usahawan mikro yang telah menjalani bimbingan dan Latihan di NADI.
Soalan-soalan lazim ini dikemas kini pada 22 Novermber 2021 dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Sila rujuk kepada penyedia perkhidmatan masing[1]masing untuk mendapatkan maklumat terkini. Disediakan oleh: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC |
||||||
|
Maklumat Setempat
7 November 2016