mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2024 – CELIK ICT – MUHAMMAD SHAHRUL HAZIQ BIN ZAINURIN

NAMA : MUHAMMAD SHAHRUL HAZIQ BIN ZAINURIN
UMUR : 14 TAHUN
TAHUN : 2017

Latar belakang

Haziq  adalah seorang pelajar berusia 14 tahun yang tinggal di Kg Merapoh. Dia sangat suka belajar tentang komputer. Setiap kali ada kesempatan,Haziq  akan pergi ke NADI Kg Merapoh yang berdekatan dengan rumahnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Di kampung, kemudahan teknologi seperti komputer dan internet tidak begitu meluas, dan Haziq sering merasa sedikit asing apabila bercakap tentang perisian komputer atau aplikasi terkini yang digunakan di sekolah. Hal ini menyukarkannya untuk mengikuti pelajaran yang melibatkan penggunaan teknologi, dan dia merasakan dunia ICT adalah sesuatu yang jauh dari kemampuannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Kelas pertama yang dihadiri oleh Haziq adalah tentang pengenalan kepada komputer. Dia diajar cara menghidupkan komputer, menggunakan tetikus, dan memahami asas-asas sistem operasi. Walaupun pada mulanya agak janggal, Haziq mula merasa lebih selesa. Kelas tersebut juga mengajar Haziq cara menggunakan internet, membuat poster, serta membuat dokumen menggunakan Microsoft Word.