mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2025 – CELIK ICT -NURAISYA SOFEA BINTI MUHAMMAD FARID

NAMA : NURAISYA SOFEA BINTI MUHAMMAD FARID
UMUR : 10 TAHUN
AHLI : 2022

Latar belakang

Sofea ialah seorang pelajar sekolah rendah yang berasal dari Kampung Merapoh, sebuah perkampungan yang jauh dari kesibukan bandar. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, akses kepada kemudahan teknologi bukanlah sesuatu yang mudah bagi dirinya. Sebelum mengenali dunia ICT secara mendalam, Sofea hanya menggunakan komputer sekali-sekala ketika di sekolah – itupun semata-mata untuk pembelajaran dalam talian bagi beberapa subjek.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kemahirannya dalam ICT pada waktu itu sangat terhad. Sofea hanya tahu membuka dan menutup komputer serta menaip menggunakan papan kekunci. Namun, beliau tidak biasa menggunakan internet untuk mencari maklumat, apatah lagi menggunakan aplikasi penting seperti Microsoft Word atau Excel. Perasaan kurang yakin terhadap teknologi membuatkan beliau sukar untuk memanfaatkan potensi sebenar ICT dalam pembelajaran harian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Penyertaan Sofea dalam kelas ICT anjuran Pusat NADI Kampung Merapoh pada tahun 2023 telah mengubah cara beliau melihat teknologi. Dalam beberapa bulan, beliau menguasai kemahiran asas komputer, internet, serta aplikasi seperti Google, Microsoft Word dan Excel. Program ini bukan sahaja meningkatkan kemahirannya, malah membina keyakinan Sofea untuk menggunakan teknologi dalam pembelajaran harian.

Sofea menyertai kelas yang dilaksanakan di NADI