Majlis Pelancaran Pustaka Komuniti Merapoh telah diadakan secara dalam talian pada 29 Ogos 2021 menerusi aplikasi Zoom dan disiarkan secara langsung di Facebook Pustaka Komuniti Merapoh by ALPs. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Mustapa Bin Long, ADUN Padang Tengku dan diserikan oleh YBrs. Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Puan Rabiatul Adawiyah Binti Mat Dahan mewakili Yang Hormat Lipis Dato Mohd Hafizi Bin Ibrahim, Pegawai Daerah Lipis, YBrs. Prof Madya Dr. Rosmini Omar, Dekan Azman Hashim International Business School UTM, dan Puan Maria binti Hamzah Pemangku Pengarah, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Semoga projek komuniti Pustaka Komuniti Merapoh ini dapat dimanfaatkan oleh komuniti setempat. Jangan lupa tag kami #PustakaKomunitiMerapoh kalau berkunjung ke Pustaka Komuniti Merapoh ya