Utama
Latar belakang
Rusilawati binti Muhtar merupakan seorang wanita berusia 31 tahun dan merupakan graduan Ijazah Sains Komputer dari Universiti Malaysia Pahang. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam dunia teknologi serta bidang kreatif seperti fotografi dan penghasilan video. Minat ini mendorong beliau untuk menceburi bidang penghasilan kandungan digital, khususnya bagi menyokong aktiviti perniagaan affiliate yang dijalankan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menyertai Program NADI Pembelajaran Sepanjang Hayat Mahir Foto.Beliau berdepan dengan pelbagai cabaran yang menghalang perkembangan beliau dalam bidang penghasilan kandungan digital. Antaranya, beliau kurang mempunyai kemahiran teknikal dalam menghasilkan foto dan video yang berkualiti, menyebabkan kandungan yang dihasilkan kurang menarik perhatian audiens. Selain itu, beliau juga menghadapi kesukaran untuk menarik jumlah pengikut di media sosial, sekali gus menjejaskan keberkesanan promosi produk affiliate yang dijalankan. Kekurangan keyakinan diri untuk berkongsi hasil kerja secara terbuka turut menjadi halangan utama dalam usaha beliau untuk berkembang dalam bidang ini.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau telah menyertai Program NADI (Mahir Foto Kelas Online) sebagai inisiatif untuk meningkatkan kemahiran dalam penghasilan kandungan visual. Selain itu, beliau turut menyertai program-program lain anjuran NADI seperti kursus cybersecurity yang membantu meningkatkan kesedaran serta pengetahuan beliau dalam aspek keselamatan digital. Melalui program Mahir Foto, beliau telah mempelajari teknik penting seperti komposisi gambar, pencahayaan, serta asas penyuntingan foto dan video. Beliau mengaplikasikan ilmu tersebut dengan menghasilkan dan memuat naik kandungan secara konsisten di platform TikTok.Penglibatan dalam program cybersecurity pula memberi nilai tambah kepada beliau dalam mengurus platform digital dengan lebih selamat dan berkesan.Titik perubahan berlaku apabila beliau mula menghasilkan kandungan yang lebih berkualiti, tersusun dan menarik perhatian. Keyakinan beliau juga meningkat dan beliau lebih aktif berinteraksi dengan audiens.
Apa yang dipelajari melalui NADI
- Teknik asas dan lanjutan fotografi (komposisi gambar, sudut dan pencahayaan)
- Teknik penghasilan video yang lebih kreatif dan menarik
- Kemahiran asas penyuntingan foto dan video
- Cara menghasilkan kandungan digital yang berkualiti untuk media sosial
- Strategi menarik perhatian audiens dan meningkatkan engagement
- Pengurusan kandungan untuk tujuan perniagaan affiliate
- Pengetahuan asas keselamatan siber (cybersecurity)
Bagaimana NADI membantu peningkatan tahap kemahiran ICT
- Menyediakan latihan berstruktur melalui program seperti Mahir Foto Kelas Online
- Memberi pendedahan kepada kemahiran ICT terkini seperti penghasilan kandungan digital (foto dan video)
- Membantu meningkatkan kemahiran penggunaan aplikasi dan perisian penyuntingan
- Memberi bimbingan secara praktikal (hands-on) untuk meningkatkan kefahaman peserta
- Meningkatkan keupayaan penggunaan platform media sosial secara efektif
Maklumbalas
Rusilawati menyatakan bahawa penyertaan beliau dalam program anjuran NADI telah memberikan impak yang sangat positif terhadap peningkatan kemahiran dan keyakinan diri. Melalui Program Mahir Foto Kelas Online, beliau kini lebih memahami teknik penghasilan foto dan video yang berkualiti serta mampu menghasilkan kandungan digital yang lebih menarik dan profesional.
LAPORAN AKTIVITI : WEBSITE LHDN (CUKAI TAKSIRAN)
Tarikh : 8 September 2024 Masa : 3.00 Petang – 4.00 Petang Lokasi : NADI Kg Merapoh Peserta : 1 Orang Tujuan Memberi […]
LAPORAN AKTIVITI : KELAS ICT – PEMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT
Tarikh : 7 September 2024 Masa : 3.00 Petang – 4.00 Petang Lokasi : NADI Kg Merapoh Peserta : 1 Orang Tujuan Memberi […]
LAPORAN AKTIVITI : KELAS ICT – PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE TINGKATAN 1
Tarikh : 7 September 2024 Masa : 10.00 Pagi – 11.00 pagi Lokasi : NADI Kg Merapoh Peserta : 1 Orang Tujuan Memberi […]


