mcmc
Maklumat Setempat

Maklumat Pusat Internet Malaysia

   

 

APA ITU PI1M?

Pusat Internet 1Malaysia atau lebih dikenali sebgai PI1M merupakan salah satu initiatif kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

OBJEKTIF PENUBUHAN PI1M IALAH :

1. Kemudahan akses internet secara kolektif

2. Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar

3. Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial

4..Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar

5. Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan

 

MAKLUMAT PI1M KG MERAPOH

ALAMAT                              : HADAPAN MASJID JAMEK KG MERAPOH 27210, KUALA LIPIS, PAHANG

Capture

Lokasi PI1M Kg Merapoh

EMAIL                                 : kgmerapoh@pi1m.com.my

MAKLUMAT PENGURUSAN      :

                   1. PENGURUS       : NORIDAYU ASIKIN BINTI ABDULLAH

                   2. PEN.PENGURUS :HAZRILFADILA BIN HUSSIN

WEBSITE                            : http://kgmerapoh.pi1m.my/

FACEBOOK                          : KG MERAPOH