mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat Pusat Internet

Pusat Internet Kg  Merapoh mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudah membuka dan melayari laman portal komuniti. Pusat Internet merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan Msd Digital Intelligence Sdn Bhd.

Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat bagi Fasa 1, 52 pusat untu Fasa 2, 36 pusat untuk Fasa Felda dan 110 pusat untuk Fasa 4 telah diwujudkan seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu digital dalam kehidupan seharian mereka.