Tarikh : 15 November 2025
Masa : 10.00 PAGI – 11.00 PAGI
Lokasi : NADI Kg Merapoh
Tujuan
Kempen Internet Selamat ini dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta mengenai bahaya penipuan pembelian dalam talian yang semakin berleluasa. Dengan tema “Tawaran Rendah Hanyalah Umpan, Wang Anda Jadi Sasaran!”, kempen memfokuskan kepada pendedahan taktik penipu, cara mengenal pasti laman palsu, serta langkah keselamatan semasa membuat transaksi digital.
Aktiviti
-Memberi kefahaman kepada peserta tentang bentuk-bentuk penipuan pembelian dalam talian.
-Meningkatkan kesedaran terhadap taktik tawaran harga rendah luar biasa yang digunakan sebagai umpan.
-Melatih peserta mengenali ciri-ciri penjual atau platform e-dagang palsu.
-Menggalakkan amalan pembelian yang selamat dan bertanggungjawab.
-Mengurangkan risiko menjadi mangsa scam melalui pendidikan berterusan.