Latar belakang
Wan Nur Aqilah Zahira Maisarah merupakan salah seorang peserta Program Kesejahteraan Kendiri di NADI Kampung Merapoh yang berjaya menunjukkan perubahan dan peningkatan yang positif.
Sebelum Menyertai Program NADI X Kesejahteraan Kendiri Nadi Kg Merapoh:
Sebelum menyertai Program Kesejahteraan Kendiri di NADI Kampung Merapoh, Wan Nur Aqilah Zahira Maisarah menghadapi beberapa cabaran dari segi pembelajaran, pengurusan diri dan kesejahteraan kesihatan, terutamanya kerana beliau tiada alatan saringan kesihatan di rumah untuk memantau tahap kesihatan secara kendiri. Kekangan ini menyebabkan beliau kurang berkeyakinan untuk menjaga kesihatan sendiri.
Selepas Menyertai Program NADI X Kesejahteraan Kendiri Nadi Kg Merapoh:
Program ini membolehkan beliau mempelajari cara mengurus gaya hidup, pemakanan, dan kesihatan mental dengan lebih berkesan. Gabungan kemudahan fizikal dan pembelajaran digital ini dapat meningkatkan kesejahteraan diri secara menyeluruh, sambil membina rutin harian yang lebih sihat, seimbang dan berfokus.
Program ini juga telah membantu beliau mencapai perubahan positif dalam gaya hidup, di mana beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5kg. Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha yang konsisten, digabungkan dengan panduan yang betul, mampu membawa kepada peningkatan kesihatan dan keyakinan diri.