mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN- NADI X KEUSAHAWANAN (MUHAMMAD SHARUL HAZIQ BIN ZAINURIN)

Latar belakang

SHaziq, seorang remaja berusia 15 tahun dari Kampung Merapoh, mempunyai minat yang mendalam terhadap perniagaan sejak kecil. Walaupun minatnya tinggi, Haziq sering berasa malu dan kurang yakin diri. Dia suka melihat orang berniaga, tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan sendiri, apatah lagi menguruskan produk dan pemasaran.

Sebelum Menyertai Program Usahawan Cilik Nadi Kg Merapoh:
Sebelum sertai program, Haziq hanya mampu menyimpan niat berniaga. Dia tidak tahu cara membuat produk, menentukan harga, dan menjual barang. Malah, dia berasarasa malu untuk bercakap dengan pelanggan membuatkan dia rasa takut untuk bermula.

Selepas Menyertai Program Usahawan Cilik Nadi Kg Merapoh:

Selepas sertai program, Haziq belajar banyak perkara tentang perniagaan: cara hasilkan produk, promosi, dan berinteraksi dengan pelanggan. Dengan bimbingan mentor, Haziq berjaya cipta sticker sendiri.

Kini, Haziq bukan sahaja ada perniagaan sendiri, tapi juga lebih yakin, berani cuba idea baru, dan menjadi contoh kepada rakan sebaya bahawa usia bukan penghalang untuk berjaya.

Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • NADI turut mempromosikan produk usahawan di laman portal rasmi NADI.
  • Usahawan dapat memperolehi lebih pendapatan dengan lebih ramai pembeli yang mengetahui produknya.