mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2025 – CELIK ICT – NOR SALIHAH BT SHARIF

NAMA : NOR SALIHAH BT SHARIF
UMUR : 45 TAHUN
AHLI : 2010

Latar belakang

Puan Nor Salihah binti Sharif merupakan seorang guru KAFA berusia 45 tahun yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Merapoh. Sebagai seorang pendidik, beliau memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu agama kepada murid-murid dengan cara yang berkesan dan mudah difahami. Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), beliau menyedari kepentingan untuk menguasai kemahiran ICT bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum mengikuti latihan atau pendedahan berkaitan kemahiran ICT, Puan Nor Salihah hanya menggunakan bahan bantu mengajar yang diperoleh daripada internet secara asas. Beliau bergantung kepada sumber sedia ada seperti gambar dan nota yang dimuat turun dari laman web tanpa pengubahsuaian atau penyesuaian yang signifikan. Kemahiran dalam menggunakan perisian seperti Microsoft Office atau aplikasi reka bentuk masih pada tahap minimum.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah mendapat pendedahan dan latihan dalam bidang ICT, Nor Salihah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam penggunaan teknologi untuk tujuan pengajaran. Antara perubahan positif yang dapat dilihat termasuk reka bentuk poster dan laporan. Beliau kini mahir menggunakan aplikasi seperti Canva untuk menghasilkan poster pengajaran yang menarik serta laporan berkaitan pengajaran dan pembelajaran (BBM) Hasil daripada itu , beliau mampu mereka sendiri bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap murid, menjadikan sesi pembelajaran lebih interaktif dan berkesan..

Puan Nor Salihah menyertai kelas yang dilaksanakan di NADI