NAMA : AHMAD ZARIF RIFQI BIN ZULKEFLI
UMUR : 10 TAHUN
AHLI : 2019
Latar belakang
Rifqi adalah seorang pelajar berusia 10 tahun yang tinggal di Kg Merapoh. Dia sangat suka belajar tentang komputer. Setiap kali ada kesempatan, Rifqi akan pergi ke NADI Kg Merapoh yang dekat dengan rumahnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum beliau melibatkan diri di NADI, beliau tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer. Beliau mula mendaftar sebagai ahli pada 2019 dan menghadiri kelas asas komputer seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Rifqi sangat berminat untuk belajar menggunakan aplikasi Canva kerana sikapnya yang kreatif dalam menghasilkan sesuatu rekabentuk. Setelah mengetahui tentang Canva di NADI Kg Merapoh, dia teruja untuk mencuba.Dia mula menggunakan Canva untuk membuat poster, kad jemputan, dan infografik untuk projek sekolah. Dengan antaramuka yang mudah, Rifqi rasa tidak susah untuk belajar. Dia suka bereksperimen dengan gambar, teks, dan warna untuk mencipta reka bentuk yang menarik.


Rifqi menyertai kelas yang dilaksanakan di NADI